latarbelakang syarikat

Era Edar Marketing Sdn. Bhd. atau ringkasnya EEMSB merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang memasarkan produk kesihatan pelbagai variasi yang terdiri daripada produk homeopati, biokima, herbalisma, penjagaan diri, kosmetik, makanan dan minuman berlandaskan konsep Halalan Thoiyiba.

VISI

ERA EDAR MARKETING SDN. BHD. berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memperjuangkan perubatan komplementari untuk memastikan masyarakat sedar, yakin dan menerimanya.

MISI

ERA EDAR MARKETING SDN. BHD. berusaha meningkatkan status ekonomi ahli-ahlinya melalui pemasaran produk kesihatan berasaskan perubatan komplementari: Homeopati, Biokimia, Herbalisma & Aromaterapi, yang sesuai dengan konsep Halalan Thoiyiba sekaligus meingkatkan keyakinan dan keyakinan serta kepuasan pengguna.

HALATUJU

ERA EDAR MARKETING SDN. BHD. berusaha untuk meningkatkan kewujudan usahawan yang berprinsipkan Islam; yang bukan berfokuskan keuntungan semata- mata tetapi lebih berfokuskan kebajikan yang merangkumi kesihatan secara menyeluruh kepada pengguna, kebajikan kepada masyarakat dan meningkatkan ekonomi negara menjelang 2020.

tanggungjawab sosial

ERA EDAR MARKETING

CSR (Corporate Social Responsibility)

Dalam melaksanakan aktiviti kebajikan, Era Edar akan memperuntukan sebahagian daripada keuntungan syarikat untuk diinfaqkan dan pada masa yang sama turut berkongsi ilmu berkaitan kesihatan.

MATLAMAT KAMI

Perniagaan

Era Edar Marketing Sdn. Bhd. memperjuangkan jihad ekonomi dalam membuktikan umat islam mampu menjadi usahawan yang berdaya saing serta berjaya di dunia dan akhirat. Mendidik dan membimbing usahawan baru dalam pemasaran dan penjualan produk berteraskankan konsep Halalan Thoiyibba.

Pendidikan

Aktiviti yang menjurus kepada perkongsian ilmu mengenai penjagaan kesihatan serta pemakanan sihat yang berteraskan Halalan Thoiyibba kepada ahli dan masyarakat. Juga menyampaikan pengetahuan produk syarikat melalui siri ceramah, lawatan ke syarikat dan klinik bergerak (mobile homeopathy)

Kebajikan

Bagi memenuhi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk diinfaqkan melalui program “Syarikat Perdekat Masyarakat”. (SPM). Syarikat juga mewujudkan “Program Sekolah Angkat” untuk memberi bantuan dan sokongan kepada sekolah yang berada di luar bandar.

SERTAI KAMI

Kami di ERA EDAR MARKETING SDN. BHD. juga menyediakan platform perniagaan kepada individu yang berminat melalui sistem jualan langsung yang dinamik dengan modal yang minimum tetapi menghasilkan pulangan yang maksimum.

"Percayalah...tiada lautan yang tak berpantai, tiada kusut yang tak terungkai, tiada cita yang tak tersampai."

Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail​

Pengasas Era Edar Marketing dan  perumus Examo CKM-500

"Apakah ertinya sebuah idea jika ia hilang ditelan zaman, apalah ertinya sebuah perjuangan jika ia berhenti tanpa penerusan."

Puan Hjh Hamsiah Ismail, BKM

CEO KUSDA Holdings

PRODUK ERA EDAR MARKETING

Semua produk yang dikeluarkan dan dipasarkan adalah yang asal dan tulen lahir daripada kesungguhan kita mencari rumusan yang sangat istimewa bukan sekadar meniru apa yang pihak lain telah sedia ada. Examo CKM-500 ini lahir demi perjuangan dalam memartabakan minda bangsa Melayu dan perubatan komplementari.

"Prof. Dr. Azizan Ismail"

Perumus Examo CKM-500

kesihatan_ico

PRODUK KESIHATAN

Produk kesihatan dan suplemen yang berasaskan Homeopati, Biokimia dan Herbalisma.

MAKANAN & MINUMAN

Produk minuman kesihatan harian dan makan bayi. Terdapat juga minuman yang sesuai untuk seisi keluaraga; Teh Tarik dan minuman bercoklat .

KOSMETIK & TOILETRIS

Produk penjagaan diri, seperti mandian, produk kosmetik dan produk pelbagai.

1
PRODUK KESIHATAN
1
MAKANAN & MINUMAN
1
TOILETRIS & KOSMETIK

Semua produk keluaran Era Edar Marketing dikilangkan di Darul Aman Manufacturing Sdn. Bhd bagi memenuhi ciri standard dan kualiti yang tinggi. Salah satu anak syarikat yang berada di bawah KUSDA Holdings.

HUBUNGI KAMI

LOKASI

ERA EDAR MARKETING SDN. BHD. (HQ)

Lot 4 & 6, Bandar Darulaman 06000 Jitra, Kedah, MALAYSIA

TELEFON

Pejabat: 04-919 904

Faks: 04-919 9912

Hotline: 019-540 8045

Email: eraedar@eraedar.com.my

WAKTU PERNIAGAAN

SABTU – KHAMIS: 09:00 – 18:00

Tutup pada setiap hari Jumaat .

IKUTI KAMI