Allahyaham Prof. Dr. Azizan Ismail

Pengasas Era Edar Marketing Sdn. Bhd.

Sejarah penubuhan Era Edar Marketing Sdn. Bhd.

Allahyarham Dr. Hj. Azizan bin Hj. Ismail merupakan seorang pensyarah pendidikan dan pernah terlibat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia Cambridge dalam menggubal soalan peperiksaan serta sebagai pemeriksa skrip jawapan pelajar. Beliau amat terkesan dengan kelemahan pelajar, terutamanya pelajar Melayu dalam bidang sains dan matematik. ini mendorong beliau menjalankan kajian berkaitan dengan ingatan dan lupa sebagai suatu usaha untuk mencari punca.

Allahyarham kemudiannya telah mendalami ilmu perubatan Homeopati di Dewan Perubatan Homeopathy Singapura dan lanjutan di Brantridge Forest School, Sussex, England. Beliau telah terpilih untuk mempelajari ilmu pengilangan ubat homeopati di negara Jerman dengan tajaan biasiswa oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1984.

Allahyarham perumus Examo CKM-500

Dengan ilmu yang mendalam di bidang pendidikan dan juga perubatan homeopati, beliau berjaya mengenalpasti punca utama permasalahan lupa iaitu pemakanan strategik. Hasil dari kajian dan penyelidikan tersebut, beliau berjaya merumus produk EXAMO CKM-500; pemakanan strategik untuk sel otak dan saraf, dalam tahun 1978. Formulasi ini adalah kombinasi khusus mineral Kalsium, Kalium dan Magnesium Fosfat yang diproses menurut kaedah Biokimia Pemakanan Schuessler.

Allahyarham kemudiannya, dengan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, turut merumus beberapa produk sokongan yang lain. Antaranya termasuklah rencana pemakanan kesihatan ibu yang dinamakan Salindah, Staminex, Examo CKM-500 Plus, Matsa, Growell, Susu Bio-Lac dan lain-lain.

Era Edar Marketing Sdn. Bhd. dipertanggungjawabkan untuk memasarkan produk-produk ini. Manakala Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd., kini di kenali sebagi Darul Aman Maufacturing sebuah fasiliti pengeluaran berstatus GMP dengan sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2008 juga HACCP, mengilangkan kesemua produk-produk rumusan beliau.

Era Edar Marketing @ 2020 . Hakcipta terpelihara.