© Hakcipta terpelihara 2013 Era Edar Marketing Sdn. Bhd. 
|   E-mel :  Era Edar (HQ) eraedar@eraedar.com.my  | Web Admin: admin@eraedar.com.my
Terma dan Syarat Era Edar Marketing Sdn. Bhd.
Halaman ini menerangkan "Terma dan Syarat" penggunaan laman web syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. (EEMSB)

Terma dan Syarat
Jika anda memasuki/melayari menggunakan laman web  ini, anda secara rasminya mengetahui dan bersetuju terhadap segala terma dan syarat yang digunakan di antara pihak anda, pelayar lain, dan kami, iaitu Era Edar Marketing Sd. Bhd. (EEMSB) untuk sebarang kemasukan dan penggunaan.
Anda dianggap secara langsungnya memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat  ini dengan setiap pelayaran dan serta penggunaan perkhidmatan dilaman web kami.

Penafian
Anda memahami dan bersetuju bahawasanya kami, Era Edar Marketing Sdn. Bhd.(EEMSB)  tidak bertanggungjawab terhadap segala kerosakan kepada peranti, kerugian, kecederaaan secara langsung atau tidak langsung atas sebab-sebab:-
1. Penggunaan atau penyalahgunaan laman web ini;
2. Semasa memuat turun maklumat atau menghantar (muat naik) data dan maklumat;
3. Kos yang terlibat semasa menggunakan sebarang barangan, perkhidmatan dan maklumat daripada web ini;
4. Pencerobohan atau pengubahan, pengolahan maklumat yang tidak sah semasa transmisi penggunaan laman web ini;
5. Penggunaan barangan, perkhidmatan dan maklumat daripada mana-mana pihak lain yang terdapat di dalam web ini;
6. Atau sebarang perihal lain yang berkaitan dengan web ini.

Lain-lain laman web  yang berkaitan syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd.
EEMSB tidak mempunyai sebarang pengawasan di atas laman web atau sebarang sumber laman web yang lain yang selain daripada laman web asal/utama EEMSB di alamat Url: www eraedar.com.my.
Anda di sini, secara langsungnya mengetahui dan bersetuju bahawasanya EEMSB tidak bertanggungjawab terhadap aktif atau tidaknya laman web atau sumber-sumber daripada laman web yang lain ini, dan pihak EEMSB tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap segala maklumat, pengiklanan, produk atau sebarang sumber yang terdapat di dalamnya.

Anda juga memahami dan bersetuju bahawasanya pihak EEMSB  tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti, secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerosakan, kerugian atau kecederaaan yang disebabkan oleh penggunaan laman web ini.
*Sila rujuk bahagian Polisi Privasi pada bahagian Keselamatan Maklumat.

Perubahan Terhadap Terma Perkhidmatan Kami
Era Edar Marketing Sdn. Bhd (EEMSB) berhak pada sebarang waktu dan dari masa ke semasa, untuk membuat perubahan atau membatalkan, secara sementara atau secara kekal, perkhidmatan (atau sebarang yang berkaitan) dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawasanya EEMSB tidak mempunyai liabiliti kepada anda atau sebarang pihak lain atas sebarang perubahan, pembatalan sementara atau pembatalan kekal terhadap sebarang perkhidmatan yang terdapat pada laman web atau perkhidmatan di laman web ini sendiri.

Aduan Pengguna
Segala aduan dari pengguna boleh disalurkan terus kepada kami secara bertulis atau secara menghubungi kami melalui talian telefon seperti yang tertera pada bahagian bawah, pada ruangan Maklumat Am.

Sekiranya berlaku permasalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak, iaitu diantara pihak Era Edar Marketing Sdn. Bhd (EEMSB) dan pihak pelanggan/pengguna, maka pihak Era Edar Marketing Sdn. Bhd. (EEMSB) bersetuju untuk menggunakan khidmat di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK melalui saluran perkhidmatan "Tribunal Tuntutan Pengguna".

Pihak Era Edar Marketing Sdn. Bhd. (EEMSB) TIDAK akan menanggung sebarang kos yang terlibat (jika ada) disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan ini. Segala terma dan syarat perkhidmatan yang diberikan oleh "Tribunal Tuntutan Pengguna" adalah tertakluk sepenuhnya dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web KPDNKK, dipautan: http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/my

Maklumat Am
Terma dan syarat ini perlu dibaca bersama dengan polisi privasi syarikat kami. Segala pertanyaan boleh diajukan secara bertulis kepada:

IBU PEJABAT ERA EDAR MARKETING SDN. BHD.
Lot 4 & 6, Tingkat Satu, Bandar Darulaman
06000 Jitra, Kedah Darul Aman

Atau, melalui telefon dan faks di talian:
Tel: 04-919 9044   
Faks: 04-919 9912
Atau, melalui e-mel:
eraedar@eraedar.com.my