© Hakcipta terpelihara 2006/2007/2010 Era Edar Marketing Sdn. Bhd.  
|   E-mel :  Era Edar (HQ) eraedar@eraedar.com.my  | Web Admin: webmaster@eraedar.com.my
(502479-K) (AJL 93286)
.:. PAUTAN SEGERA
.:. PROGRAM DAN AKTIVITI
SYARIKAT PENDEKAT MASYARAKAT (SPM)
:. Program MOA

:. Program Kem Ibadah

:. Program Sekolah Angkat


Bantuan diberi dalam bentuk barangan keperluan harian dan wang tunai. Melalui program ini kami merantau hampir ke segenap pelusuk kampung, daerah juga negeri di Malaysia untuk memberi bantuan kepada insan-insan memerlukan di samping diselitkan juga dengan ceramah keilmuan, motivasi, kesihatan dan sebagainya. Selain dapat bertemu dengan masyarakat yang dikategorikan sebagai insan-insan daif dihati kami sebenarnya semakin bertambah rasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah dan semakin memantapkan kerohanian kami. Dengan perlaksanaan program ini kami mengambil kesempatan untuk memperkenalkan syarikat, produk juga penjelasan tentang visi, misi dan hala tuju syarikat kepada semua lapisan masyarakat.

Sejarah awal program ini bermula sejak lapan tahun lalu. Berkat kesungguhan Allahyarham Prof Dr Azizan dengan mengarahkan kami menghubungi imam masjid di setiap khari'ah di kawasan sekitar. Hasilnya ada yang memberi maklum balas dan ada yang menyepi sahaja Program pertama berlangsung hanya 27 orang penerima sahaja dan pihak kami tidak pernah berputus asa. Alhamdulillah! sekarang, program ini telah berjaya di laksanakan malah telah menjadi sebutan dan buah mulut masyarakat. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak tapi biarlah ia menjadi contoh kepada organisasi lain betapa untuk mendapat keberkatan denqan rezeki yang Allah kurniakan, pemberian infaq merupakan salah satu caranya. Harapan saya dan warga KUSDA amnya mudah-mudahan Allah terus melimpahkan rezeki dan memberkati lagi perniagaan semua syarikat di bawah kumpulan syarikat Dr Azizan (KUSDA ) .

Insyaallah, walaupun Allahyarham Prof Dr Azizan telah pergi meninggalkan kita namun amanat beliau untuk kami meneruskan program ini selamanya akan kami laksanakan sebaik mungkin dan kepada semua yang telah memberi kerjasama dan terus menyokong perniagaan kami mudah-mudahan Allah akan memberkati anda semua. Untuk Allahyarham Prof Dr Azizan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.



 

.:. PROGRAM SPM 2011
TARIKH:

LOKASI:

MASA:

Program SPM ini ialah program kemasyarakatan yang berperanan menunaikan tanggungjawab sosial yang dirancang dan dilaksanakan oleh EEMSB. Program kemasyarakatan ini merupakan ilham yang dicetuskan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail. Di mana melalui program ini, pihak syarikat akan menginfaqkan keuntungan dari tiap-tiap syarikat di bawah KUSDA Holdings untuk memberi bantuan kepada 100 orang fakir miskin setiap bulan.