Ketahuilah ada antara produk kita dirumus hasil jelmaan ilham kepada Prof. Dr. Azizan. Ilham datang hasil pemerhatian permasalahan dan kekurangan yang terdapat pada beliau sendiri, keluarga atau masyarakat umum. Keadaan itu mendorong beliau mengkaji secara bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian (solution) kepada permasalahan dan kekurangan tersebut. Beliau amat meyakini yang setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian, setiap penyakit mesti ada ubatnya. Sebagai contoh dalam perumusan EXAMO-CKM 500. Beliau menghadapi masalah lemah ingatan yang amat dahsyat sejak di bangku sekolah hingga ke waktu pengajian di universiti yang boleh menjejaskan pembelajaran dan keputusan peperiksaan. Begitu teruk keadaannya sehingga beliau pernah mengambil keputusan meninggalkan pengajian di universiti. Benak sungguh. Terasa bagaikan pelajaran langsung tidak melekat di ingatan. Jika beliau bermasalah begitu, mungkin ramai pula pelajar lain yang sedemikian. SALINDAH dirumus hasil melihat isteri beliau yang amat teruk apabila hamil dan melahirkan anak. Kemudian terfikir mungkin begitu ramai lagi wanita lain menghadapinya. Allahyarham Prof. Dr. Azizan membuat kajian dan penyelidikan tentang masalah-masalah berkaitan kehamilan, semasa melahirkan anak dan lepas bersalin. Akhirnya lahirlah rumusan SALINDAH.
Rumusan pemakanan bayi dan kanak-kanak, berasas beras, GROWELL, adalah kerana melihat pada waktu itu kebanyakan rumusan pemakanan bayi dan kanak-kanak disediakan berasaskan bijirin lain yang bukannya makanan ruji kita orang Asia. Rumusan pemakanan itu mungkin baik dari segi nilai pemakanan, tetapi bayi dan kanak-kanak itu nanti akan bertukar makan nasi daripada beras dan ini boleh menimbulkan rencatan pemakanan (dietetic shock). GROWELL dikaji dengan menyediakan secara kecil-kecilan kepada anak-anak beliau sendiri dan anak-anak saudara mara dan sahabat handai. Setelah yakin bagus barulah dikeluarkan secara besar-besaran.
Biar apapun semua produk keluaran dan edaran kita bercirikan sifat-sifat saintifik, efektif, berguna, selamat, dan halal. Saintifik kerana ia hasil kajian dan penyelidikan teliti, proses R&D yang sistematik dan kawalan mutu yang rapi, tidak berbentuk tahyul atau khayalan dan sangkaan. Produk kita berkesan (efektif) menghadapi masalah yang berkaitan. Begitu banyak testimoni masyarakat diterima, kemudiannya, yang membuktikan kebenaran hal ini. Jika produk dirasakan tidak begitu berguna kepada masyarakat, kita tidak akan merumus dan mengeluarkannya. Oleh yang demikian kita dapati produk kita memang diperlukan oleh masyarakat dan sekaligus menambah potensi kepada pengedar mengedarkannya. Semua produk, sama ada yang berbentuk perubatan (berasaskan perubatan alternatif Homeopati, Biokimia dan Herbalisme), atau kosmetik atau makanan dan minuman, adalah selamat digunakan tanpa mendatangkan kesan sampingan berbahaya, biarpun digunakan dalam tempoh yang agak lama. Tidak seharusnya pengguna Muslim berasa was-was dengan taraf halal dan suci produk-produk Era Edar Marketing Sdn Bhd (EEMSB). Namun demikian, kita harus tekankan di sini, semua produk Era Edar adalah sesuai untuk semua kaum biar apapun agama anutan mereka.
Dengan bekalan ilmu dan maklumat tertera di atas itu ia memudahkan anda, para pengedar yang dikasihi sekalian, mengedar produk Era Edar. Tingkatkan usaha, lipatkan daya. Selamat berusaha dan berjaya.