Bermula pada tahun 1990, sewaktu memulakan perniagaan dalam konsep jualan langsung berbilang aras (MLM), saya merasakan bahawa perniagaan ini agak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam. Namun, kerana waktu itu konsep MLM adalah trend dan demi memikirkan supaya jangan perniagaan orang Islam ketinggalan, saya dan suami melangkahkan kaki terjun ke kancah perniagaan MLM ini.
Dari tahun 1990 hingga 2000, perniagaan mengalami pelbagai ujian dan dugaan menjadikan kami berfikir, mungkinkah perniagaan ini tidak Islamik? Justeru dengan itu, Allahyarham Dr. Azizan melakukan solat hajat memohon petunjuk. Sehinggalah pada tahun 2005, kami berfikir untuk meninggalkan perniagaan berkonsepkan MLM dan bertukar kepada 'Single Level' atau trading. Pada tahun 2006, saya telah mencuba kaedah 'Single Level' ini, berkonsepkan Outlet yang bermula di Perak. Alhamdullilah apabila perniagaan ini dimulakan, terdapat peningkatan jualan dan pendapatan Ahli.
Kepada Ahli semua, saya menyeru agar kita semua sama-sama melakukan solat hajat dan memohon kepada Allah SWT agar perniagaan kita dirahmati dan diberkati-NYA. Prof. Dr. Azizan telah merumus pelbagai produk yang baik, agar anak bangsa mendapat manafatnya, namun ia tidak akan berjaya jika kita tidak menggunakan produk-produk ini. Antara produk-produk utama Era Edar Marketing Sdn. Bhd. adalah EXAMO CKM500, MATSA, SALINDAH, susu BIO-LAC dan INTEL-LAC. Semua produk ini telah lama berada dipasaran, dan ramai yang ingin menyaingi dan meniru, tetapi Allah SWT masih memberkati kita di mana orang ramai yang berubah ke produk lain akhirnya kembali kepada produk kita.
Ahli yang dikasihi sekalian,
Untuk tahun 2010, saya telah merangka pelbagai insentif tahunan seperti Ibadah Umrah dan Ziarah di Tanah Suci Mekah, Melancong sambil bermain Ski di Beijing, Melancong ke Pulau Langkawi, Berkursus di Cameron Highlands dan banyak lagi insentif hanya untuk anda. Kadangkala terfikir dibenak hati, apakah cara lagi untuk memotivasikan diri dan semagat Ahli untuk bergiat dalam perniagaan kita ini. Masih ramai yang yang tidak mengetahui tentang syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd., dan ramai juga yang tahu tetapi tidak menggunakan produk kita. Mengapa produk luar negara yang hanya lipstik berharga RM118 dibeli orang? Apakah sebenarnya perubahan yang orang Islam kita cari?
Ahli-ahli sekalian,
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. mementingkan ilmu, mencuba dengan seikhlas mungkin melakukan perniagaan secara Islamik agar perniagaan ini dan pendapatan kita mendapat keberkatan. Saya, bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama seluruh Ahli kerana mengguna, menjual dan mempromosikan produk Era Edar Marketing Sdn. Bhd. kepada rakan taulan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja. Pada tahun ini, InsyaAllah, syarikat akan menganjurkan pelbagai kursus khas atas permintaan Pusat Khidmat EEMSB. Antara kursus yang bakal dianjurkan ialah:
1. Kursus Salindah
2. Kursus MOA - untuk ibubapa
3. Kursus Penampilan Imej
4. Kursus Mengurut
5. Kursus Homeopati
6. Kursus Pemasaran dan Perniagaan
7. Kursus Pengetahuan Produk
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus-kursus yang dianjurkan, bolehlah menghubung Pusat Khidmat EEMSB di negeri masing-masing.
Yang Benar,
Prof. Dr. Hamsiah bt. Ismail
CEO KUSDA Holdings Berhad