© Hakcipta terpelihara 2011-2014 Era Edar Marketing Sdn. Bhd. 
|   E-mel :  Era Edar (HQ) eraedar@eraedar.com.my  | Web Admin: admin@eraedar.com.my
.
Sejarah Penubuhan Era Edar Marketing

Dengan modal permulaan pelaburan sebanyak RM3,500, kini Era Edar Marketing Sdn. Berhad. telah berdiri teguh di dalam arena  perniagaan selama lebih 30 tahun. Di mana kini, kami mempunyai lebih 100 jenis produk yang diformulasi sendiri. Era Edar  Marketing juga telah menjadi pilihan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin berjaya bersama kami. Satu ketika dahulu, Era  Edar Marketing hanya mempunyai 7 orang pekerja sahaja, dan kini kami mempunyai tenaga kerja lebih dari 100 orang  pekerja yang produktif, kreatif dan efisen.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan didalam bidang homeopati dan juga bidang perubatan koplementari lebih dari 32 tahun,  syarikat kami kini mempunyai barisan produk yang sesuai untuk pelbagai kegunaan peringkat umur dan komuniti amnya. Sejak  Examo CKM 500 diperkenalkan 32 tahun dahulu, lebih daripada 1.92 juta unit terjual dipasaran tempatan, dan digunakan lebih  dari 100, 000 pengguna setia produk ini, hingga menganggap produk Examo CKM 500 ini adalah satu produk keperluan untuk  isirumah dan ada juga yang menganggap produk Examo CKM 500 sebagai produk warisan: di mana kewujudannya lebih '3 generasi'.  Semua ini adalah sebahagian dari komitment kami dan tanggungjawab sosial dalam membantu melahirkan generasi bijak pandai yang  aktif dan kreatif.

Kami tidak berhenti hanya setakat itu, seterusnya kami telah memformulasi produk Salindah di mana ia telah berada didalam  pasaran tempatan sejak 30 tahun dahulu. Sebanyak 240,000 unit telah terjual dan telah digunakan oleh ibu-ibu hamil.

Dengan berkat usaha, kesungguhan serta kegigihan, kini Era Edar Marketing telah mempunyai kilang yang bertaraf GMP yang  mempunyai fasaliti lengkap serta memenuhi standard kualiti ISO 9001:2000 yang telah diperolehi semenjak 11 tahun lalu. Prestasi perniagaan yang amat memberangsangkan membolehkan syarikat kami membuka 11 Pusat Khidmat, 299 outlet berdaftar dan lebih 110, 000 ahli berdaftar diseluruh Malaysia yang menyokong kami sepenuhnya dalam merealisasikan misi dan visi kami. Matlamat kami seterusnya ialah untuk membina Wisma EEMSB yang dianggarkan kosnya sebanyak 10 juta di masa hadapan.  
:. LAMAN UTAMA

:. SEJARAH PENUBUHAN

:. PENGASAS

:. MISI DAN VISI

:. LATARBELAKANG

:. KEJAYAAN SYARIKAT

:. KEAHLIAN DAN OUTLET

:. MEDIA

:. HUBUNGI KAMI