© Hakcipta terpelihara 2010-2014 Era Edar Marketing Sdn. Bhd.  & PPHB PDA
|   E-mel :  Era Edar (HQ) eraedar@eraedar.com.my  | Web Admin: admin@eraedar.com.my



SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN

Bermula dengan sembuhnya penyakit Bronkitis kronik dengan perubatan Homeopati oleh Allahyarham Prof Dr Mohammed B Yacob di Johor, Allahyarham Prof Dr Azizan terus mempelajari, mempraktiskan serta menceburi bidang Perubatan Homeopati. Beliau kemudian meletak jawatan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor pada tanggal 31 Ogos 1980 dan membuka Klinik Homeopati Pertama di Jitra, Kedah pada 8 November dalam tahun yang sama.

Allahyarham Prof Dr Azizan kemudiannya mendapat Biasiswa dari Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984 bagi melanjutkan kursus Pengilangan Ubatan Homeopati di German. Setelah pulang, beliau berjaya membuka kilang homeopati yang pertama di Asia Tenggara iaitu Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn Bhd ( HOMEOLAB ). HOMEOLAB kemudiannya mencapai taraf Amalan Pengilangan Baik ( GMP ) serta memiliki sijil ISO 9001 : 2000. Dalam masa yang sama, beliau juga berjaya membuka sebuah pusat pengajian Homeopati yang dikenali sebagai Kolej Homeopati Darulaman yang telah melahirkan ramai anak murid dan mereka berjaya menubuhkan klinik Homeopati di bawah rangkaian HOMEO - LINK.





PUSAT PERUBATAN HOMEOPATI DAN BIOKIMIA PDA
SEJARAH PENUBUHAN  |  KAEDAH RAWATAN  |  PERKHIDMATAN PPHB  |  PERAWAT  |  KLINIK HOMEOLINK  |  HUBUNGI KAMI