© Hakcipta terpelihara 2010-2014 Era Edar Marketing Sdn. Bhd. 
|   E-mel :  Era Edar (HQ) eraedar@eraedar.com.my  | Web Admin: admin@eraedar.com.my
Dasar Polisi dan Privasi Era Edar Marketing Sdn. Bhd. (502479K) AJL93286
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Apabila anda mengguna/melayari  laman web kami, kami mahu anda memahami cara bagaimana kami menggunakan maklumat yang anda beri.

Polisi Privasi kami menerangkan:

1.        Jenis maklumat yang kami kumpulkan dan sebab kami mengumpulnya.
2.        Bagaimana kami mengguna maklumat tersebut.

Maklumat yang kami kumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul sewaktu anda melayari Laman Web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pun penggunaan laman "hantar pertanyaan" di url: http://www.eraedar.com.my/v3/pertanyaan.html .

Kami mengumpul maklumat untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pengguna kami. Maklumat yang kami kumpul adalah:
i.   Alamat pengirim e-mail (wajib isi)
ii.  Pertanyaan anda (wajib isi)
iii. Bagaimana anda tahu mengenai Era Edar (pilihan)
iv. Lokasi anda (plihan)
v.  No. telefon (wajib isi)

Bagaimana kami mengguna maklumat tersebut.

Bagi maklumat (i) dan (V), ia adalah perlu untuk kami memberi maklumbalas terhadap sebarang pertanyaan pengguna. Maklumat (v) diperlukan jika ianya perlu tindakan serta merta, di mana penggunaan dari maklumat (i) tidak berjaya atau lambat.

Bagi maklumat (ii) pertanyaan anda akan diterima secara sulit dan hanya diakses/balas oleh personel yang dibenarkan oleh pihak pengurusan EEMSB. Segala maklumat pertanyaan anda adalah sulit.

Bagi maklumat (iii) ia adalah berbentuk pilihan, di mana kami ingin mengetahui bagaimana/dari mana pengunjung/anda tahu mengenai Era Edar Marketing Sdn. Bhd.

Bagi maklumat (iv), pemberitahuan lokasi ada perlu supaya personel kami boleh merujuk anda (pengguna) kepada Pusat Khidmat EEMSB atau 'Outlet' yang berdekatan jika perlu.

Bagi maklumat (v) juga, mungkin berlaku di mana kami mungkin mengguna alamat e-mel anda untuk memberitahu anda mengenai perkhidmatan kami, seperti memberitahu anda mengenai perubahan atau pembaikan yang akan berlaku.


Lain-lain maklumat yang dikumpul secara langsung.
Kami mungkin mengumpul dan menyimpan maklumat tertentu secara automatik dalam log pelayan kami. Ini mungkin termasuk:

Maklumat log penghantar e-mel atau pertanyaan  termasuk IP (Alamat Protokol Internet) penghantar e-mel atau pertanyaan.

Tujuan kami mengguna maklumat yang di kumpul.
Kami mengguna maklumat yang kami kumpul tadi untuk menyediakan, mengekalkan, melindungi dan membaikkan perkhidmatan tersebut, untuk memajukan perkhidmatan baru dan untuk melindungi kami dan pengguna.

Lain-lain makluman:
Kami akan meminta keizinan anda sebelum mengguna maklumat untuk tujuan selain daripada yang telah dinyatakan dalam Polisi Privasi ini.

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat, organisasi dan individu di luar kecuali jika salah satu keadaan yang berikut:

i. Dengan keizinan anda
Kami akan berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar, apabila kami mendapatkan keizinan anda untuk berbuat demikian.

ii. Dengan pentadbir domain/pelayan
Jika berlaku salah guna, "spamming" atau perkara yang menyalahi undang-undang pihak kami perlu berurusan dengan pentadbir domain tanpa dimaklumkan kepada pengguna. Di mana pentadbir domain ini menyediakan sokongan pengkalan data bagi laman web kami dan mereka (pentadbir domain/pelayan) mempunyai akses kepada maklumat akaun kami (termasuk e-mel dan data anda yang lain). Pentadbir domain juga mungkin akan boleh:

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.

Keselamatan maklumat
Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi pengguna kami daripada akses tidak dibenarkan atau perubahan, pendedahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan terhadap maklumat yang kami simpan. Polisi Privasi kami tidak terpakai untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat atau individu lain, termasuk produk atau laman yang mungkin dipaparkan kepada anda dalam hasil carian, laman yang mungkin terdiri daripada perkhidmatan lain atau laman lain yang dipaut dari perkhidmatan kami. Polisi Privasi kami juga tidak meliputi amalan maklumat dari syarikat atau organisasi lain yang mengiklankan perkhidmatan kami.

Penguatkuasaan
Kami sentiasa menyemak semula pematuhan kami terhadap Polisi Privasi kami. Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak penguatkuasa undang-undang yang berkenaan, termasuk pihak berkuasa data tempatan, dan memastikan data atau segala maklumat pada laman web ini adalah benar dan tidak menyalahi undang-undang. Kandungan dan maklumat pada laman web ini juga tertakluk kepada perubahan dari masa-ke-semasa tanpa notis tetapi masih tertakluk kepada penguatkuasan yang tersebut dan Polisi Privasi kami.

Perubahan
Polisi Privasi kami mungkin berubah dari semasa ke semasa. Kami tidak akan mengurangkan hak anda di bawah Polisi Privasi ini tanpa persetujuan anda yang jelas. Kami akan menyiarkan sebarang perubahan Polisi Privasi pada halaman ini dan, jika perubahan adalah ketara, kami akan menyediakan notis yang lebih menyerlah (termasuk, untuk perkhidmatan tertentu, pemberitahuan melalui e-mel tentang perubahan polisi privasi). Kami juga akan menyimpan versi terdahulu Polisi Privasi ini dalam arkib untuk semakan semula anda.