© Hakcipta terpelihara 2006/2007/2010 Era Edar Marketing Sdn. Bhd.  
|   E-mel :  Era Edar (HQ) eraedar@eraedar.com.my  | Web Admin: webmaster@eraedar.com.my
(502479-K) (AJL 931684)
.:. PAUTAN SEGERA
.:. PROGRAM DAN AKTIVITI
MOA (Memori Organik Automatik)
Ingatan di hujung jari.

Apa itu MOA?
Secara ringkasnya, MOA adalah singkatan kepada Memori Organik Automatik, iaitu satu modul P&P dengan menekankan kaedah latihan yang bertujuan menguatkan dan mengukuhkan daya ingatan pelajar secara automatik, di mana mereka dapat menggunakan 3 pancaindera secara serentak, iaitu mata, telinga dan dengan secara spontan (automatik) tangan akan menulis apa-apa yang dihasilkan melalui proses ingatan itu. la amat berguna sekiranya fakta-fakta pelajaran masakini yang begitu kompleks, terutamanya yang melibatkan sekuens, angka dan formula serta terma-terma Sains, Teknologi dan Matematik. Pendekatan MOA ini boleh diaplikasi untuk semua subjek, Bahasa, Matematik, Sains, Agama, IT, Kemahiran Hidup dan lain-lain subjek yang terdapat dalam kurikulum sekolah.

Sebagai percubaan daya memori, anda diberi angka berikut :

296802062009BT5508014105424061966K2
(cuma 35 digit).

Setelah meneliti nombor tersebut selama 20 minit, anda dikehendaki mengingati semula angka tersebut tanpa melihat kembali, atau mengingati formula berikut:




SYABAS!, sekiranya anda mampu, tetapi mustahil bagi kebanyakan orang boleh mengingatinya. Tetapi percayakah anda, anak didik yang mengikuti kursus MOA ini boleh mengingati angka sehingga 50 digit hanya dalam masa 30 minit setelah mereka mengaplikasi kaedah MOA yang diajarkan.

Satu keistimewaan kaedah ini, pelajar hanya menggunakan imaginasi masing-masing (menggunakan hemisfera otak kanan) tanpa menghafal dan mereka MAMPU mengingati fakta yang dikemukakan. Ini amat penting kerana setiap hari pelajar disogok dengan pelbagai fakta pelajaran semasa belajar di sekolah dan fakta-fakta. ini bercampur aduk tanpa susunan atau pola tertentu. Misalnya, selepas mereka belajar Bahasa (bahasa,nahu), diikuti pula dengan matematik (angka), selepas ini Sains (terma-terma saintifik), pelajaran seni atau kemahiran hidup (seni kreatf) dan bermacam-macam lagi. Jika mereka tidak ada suatu kaedah, cara atau pendekatan tertentu untuk mengingat, maka MUSTAHIL mereka dapat menulis semula ketika menjawab soalan peperiksaan yang berkaitan. Di sinilah peranan MOA bagi memudahkan mereka MENGINGAT secara AUTOMATIK.

Melalui pengalaman EEMSB menjalankan kursus ini, terdapat peningkatan keupayaan INGATAN pelajar antara 40% - 85%. Kami telah menggunakan instrumen tertentu untuk menilai keberkesanannya. Jika anda sebagai ibubapa ingin melihat kejayaan anak-anak anda dalam hal INGATAN ini, jika berminat sila daftarkan anak-anak anda mengikuti kursus MOA ini yang diadakan dari semasa ke semasa.

Hubungi Pusat Khidmat EEMSB terdekat atau terus ke:

Era Edar Marketing Sdn. Bhd.
Lot 4 @ 6, Tingkat satu, Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman
Tel: 04-9199044   Fax: 04-9199912


 

MOA adalah suatu KAEDAH PEMBELAJARAN terkini dengan menggunakan hanya tiga (3) Pancaindera (Mata, Telinga dan Tangan) secara automatik untuk mengingat.

Diperkenalkan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan B. Hj. Ismail melalui pengalaman dan kajian. Jika diaplikasi sepenuhnya ia terbukti berkesan.
.:. RINGKASAN
.:. BANTU ANAK ANDA
  • Banyak membaca, tetapi masih gagal mengingat.
  • Soalan Mudah, tidak dapat menjawab dengan tepat dan betul.
  • Menanggap subjek Sains dan Matematik amat dipelajari.
  • Peperiksaan semakin dekat, tetapi masih belum mengulangkaji.
  • Tiada apa-apa perubahan tentang prestasi pelajara.
  • Panik dan cemas, jika tidak dapat mengingat fakta penting pelajaran.
  • Tiada keyakinan diri ketika menghadapi peperiksaan dan ujian.
.:. MODUL PROGRAM
  • Pengenalan Kaedah MOA
  • Teknik Menjawab Subjek B. Melayu
  • Aplikasi MOA untuk peperiksaan dan Ujian
  • Kosultansi bersama ibubapa
  • Penggunaan Otak Kiri dan Kanan
  • Sifir Mudah PDA
  • Latihtubi menjawab soalan melalui MOA
Era Edar Marketing Sdn.Bhd. selain terlibat dalam perniagaan dan pemasaran, ia juga memberi khidmat sosialnya dalam bidang pendidikan, iaitu dengan menganjurkan kursus-kursus, seminar, ceramah, dan sebagainya kepada masyarakat termasuk pelajar sekolah, IPTA dan IPTs. Salah satu program pendidikan yang dianjurkan syarikat EEMSB ialah kursus MOA. Ia khusus kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 pada tahap pencapaian akademik lemah atau serderhana.
.:. PROGRAM MOA 2011
PROGRAM PENGUKUHAN DAYA INGATAN MELALUI MOA (MEMORI ORGANIK AUTOMATIK)
Fasa MOA :
Asas - Pengenalan Pembelajaran MOA

Tarikh: 15 Mac 2011 (Selasa)

Masa:
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:

DEWAN PERTUBUHAN PELADANG, PPK SUKA SETIA C-IV MADA KANGKONG Km. 11.5, Jalan Kangkong, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

Maklumat lanjut:
04-9199044





PROGRAM MOA (MEMORI ORGANIK AUTOMATIK)

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)

Masa:
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:

DEWAN HAMDA
Pusat Khidmat EEMSB Negeri Johor
No. 52, Jalan Padi Emas
4/1 Bndr Baru Tampoi
81200 Johor Bahru

Maklumat lanjut:
07-2327069





PROGRAM MOA (MEMORI ORGANIK AUTOMATIK)

Tarikh: 17 Mac 2011 (Khamis)

Masa:
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:

Sekolah Rendah Islam Alor Setar
05300 Alor Setar
Kedah

Maklumat lanjut:
04-9199044






PROGRAM MOA (MEMORI ORGANIK AUTOMATIK)

Tarikh: 19 Mac 2011 (Sabtu)

Masa:
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:

Universiti Utara Malaysia (UUM)
06010 Sintok, Kedah

Maklumat lanjut:
04-9199044