Koleksi Artikel

KUASA MINDA!

Kita sebagai ibu bapa pasti mengharapkan zuriat yang cerdik, cemerlang dan menjadi kebanggaan keluarga bila dewasa kelak. Ketika anak-anak masih pra sekolah, dan tidak menunjukkan prestasi akedemik yang bagus kita akan berkata; "Oh… tak mengapa! Dia masih muda". Apabila memasuki alam sekolah rendah, masih teraba-raba untuk membaca, menulis dan mengira; ada yang akan berkata "Ahh…mereka kurang faham saja tu…". Sehinggalah menjelang tahun 6, ibu bapa baru sedar anak mereka Itu ketinggalan beberapa matapelajaran. Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan menjelang setiap hujung tahun, maka pada ketika inilah kita akan dapati akan ada ibu bapa melakukan serentak usaha untuk "mencerdikkan" anak mereka.

Dalam usaha kita untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh anak-anak tanpa disedari adakalanya kaedah yang digunakan kurang sesuai. Tindakan drastik yang diambil boleh menyebabkan anak-anak menjadi tertekan dan keadaan boleh menjadi semakin serius. Pada ketika ini kita akan mendapati, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi prestasi anak-anak semakin menurun. Mulalah tangan menundung jari; tuisyen tidak bagus, guru tidak pandai, buku tak sesuai dan sebagainya.


Perlu difahami proses mengingat memerlukan tiga faktor utama iaitu:

a) Daftar maklumat
b) Simpan maklumat
c) Mengeluarkan maklumat

Untuk melakukan tiga proses tersebut, perlu melibatkan semua pancaindera, terutamanya mata dan, telinga. Ini menunjukkan pendaftaran maklumat adalah penting supaya kesemua maklumat penting tidak ketinggalan. Kaedah dan sistem menyimpan maklumat juga boleh mempengaruhi daya ingatan seseorang. Keadaan tertekan (stress), kurang tumpuan, masalah kesihatan boleh menyebabkan proses mengingat terganggu.

Para pendidik dan pakar motivasi telah mencipta pelbagai kaedah, modul dan aplikasi dengan tujuan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar. Ada di antaranya amat berkesan. Salah satunya teknik yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail yang dikenali sebagai OKIDA (Otak Kanan Ikut Dr. Azizan). Teknik ini banyak menggunakan hemisfera otak kanan dalam proses ingatan.

Prof. Dr. Azizan telah menjalankan eksperimen dengan menggunakan instrumen tertentu, kepada pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi dan juga melalui kursus OKIDA di seluruh Negara untuk mengetahui keberkesanan teknik OKIDA ini. Hasil kajian dan eksperimen yang dijalankan, beliau telah mendapati secara purata keupayaan ingatan melalui kaedah ini telah meningkat sehingga 52%.

© Hakcipta terpelihara 2010-2014 Era Edar Marketing Sdn. Bhd. 
|   E-mel :  Era Edar (HQ) eraedar@eraedar.com.my  | Web Admin: webmaster@eraedar.com.my



a
>> LIHAT KATALOG MENGENAI EXAMO CKM 500