Peserta yang dianggap sebagai permata ini diberi peluang menimba ilmu akademik dan juga agama di program ini. Bermula dengan penerapan Sunnah dan juga amalan wajib harian seperti adab-adab makan, tidur, wuduk dan tayammum. Mereka juga dilatih supaya rajin melakukan solat-solat sunat dan Qiamullail serta Halaqah membaca Al-Quran.
Dalam aspek pendidikan akademik, peserta diberi peluang dan diajar teknik-teknik memudahkan mengingat disamping tips-tips ketika belajar dan menjawab soalan. Bagi subjek Matematik pula, pelajar akan dilatih menggunakan teknik mudah mengingati sifir Matematik dan formula. Pembelajaran dan kajian terhadap anatomi ikan dan fungsinya diajar dibawah segmen Sains. Ini bertujuan memberi lebih pemahaman kepada pelajar dan melatih mereka untuk mengingat melalui latihan praktikal. Pelajar turut diberi teknik menjawab soalan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tips-tips yang mampu membantu pelajar menjawab perperiksaan dengan cermerlang dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Rata-rata ibu bapa melahirkan rasa gembira dengan pengisian program yang dianggap sangat sesuai dengan tahap pemahaman peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 5. Sebagai persediaan menghadapi UPSR, ianya amat berkesan selain dijadikan amalan harian kehidupan seorang Muslim. Bukan itu sahaja, mereka turut dilatih mencungkil kebolehan diri masing-masing dengan penerapan nilai kepimpinan, untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawabdan berdedikasi, semoga permata yang digilap melalui 'Kem Ibadah & Explorasi Diri' ini akan kekal bersinar dalam meniti perjalanan hidup yang masih jauh.
Oleh itu, kepada semua ibu bapa, kami di EEMSB sangat mengharapkan agar anak-anak yang diumpamakan sebagai permata ini dapat digilapkan agar menjadi seorang Muslim yang berjatidiri di masa depan.
Daftarkan dan hantar anak-anak anda mengikuti 'Kem Ibadah & Explorasi Diri' ini.
Hubungi Ibu Pejabat atau Pusat Khidmat EEMSB berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai program serta pendaftaran. Hubungi:
Era Edar Marketing Sdn. Bhd.
Lot 4 @ 6, Tingkat satu, Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman
Tel: 04-9199044 Fax: 04-9199912