WARNA LENGKOK
Warna keemasan yang melambangkan suatu nilai yang amat tinggi di mana syarikat
mengutamakan kebajikan ahli dan pengguna keseluruhannya dengan memberi perkhidmatan
terbaik dan bermutu. Bagi usahawan yang terlibat dengan perniagaan EEMSB mereka
berkeupayaan menjana pendapatan dan kejayaan melalui perniagaan mereka.
LENGKOK
Seolah-olah riak di air yang sentiasa berkembang.Ini menunjukan syarikat yang dinamik dan
sentiasa berusaha untuk memajukan ahli, produk dan servis.
TULISAN ERA EDAR BERADA DI DALAM LENGKOK
EEMSB menumpukan perniagaan dalam empat bidang khusus dan tidak terkeluar dari etika
perniagaan Islam dan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.
WARNA BIRU ERA EDAR
Warna yang membawa ketenangan dalam perniagaan,tidak mudah terpengaruh dengan trend
pasaran yang boleh merugikan semua pihak termasuk syarikat, ahli-ahli dan usahawan
EEMSB