Kita sebagai
ibu bapa pasti mengharapkan zuriat yang cerdik, cemerlang dan
menjadi kebanggaan keluarga bila dewasa kelak. Ketika anak-anak
masih pra sekolah, dan tidak menunjukkan prestasi akedemik yang
bagus kita akan berkata; “Oh… tak mengapa! Dia masih
muda”. Apabila memasuki alam sekolah rendah, masih teraba-raba
untuk membaca, menulis dan mengira; ada yang akan berkata “Ahh…mereka
kurang faham saja tu…”. Sehinggalah menjelang tahun
6, ibu bapa baru sedar anak mereka Itu ketinggalan beberapa
matapelajaran. Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
pula akan menjelang setiap hujung tahun, maka pada ketika inilah
kita akan dapati akan ada ibu bapa melakukan serentak usaha
untuk “mencerdikkan” anak mereka.
Dalam usaha kita untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh
anak-anak tanpa disedari adakalanya kaedah yang digunakan kurang
sesuai. Tindakan drastik yang diambil boleh menyebabkan anak-anak
menjadi tertekan dan keadaan boleh menjadi semakin serius. Pada
ketika ini kita akan mendapati, walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan tetapi prestasi anak-anak semakin menurun. Mulalah
tangan menundung jari; tuisyen tidak bagus, guru tidak pandai,
buku tak sesuai dan sebagainya.
Perlu difahami proses mengingat memerlukan tiga faktor utama
iaitu:
a)Daftar maklumat
b)Simpan maklumat
c)Mengeluarkan maklumat
Untuk melakukan tiga proses tersebut, perlu melibatkan semua
pancaindera, terutamanya mata dan, telinga. Ini menunjukkan
pendaftaran maklumat adalah penting supaya kesemua maklumat
penting tidak ketinggalan. Kaedah dan sistem menyimpan maklumat
juga boleh mempengaruhi daya ingatan seseorang. Keadaan tertekan
(stress), kurang tumpuan, masalah kesihatan boleh menyebabkan
proses mengingat terganggu.
Para pendidik
dan pakar motivasi telah mencipta pelbagai kaedah, modul dan
aplikasi dengan tujuan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar.
Ada di antaranya amat berkesan. Salah satunya teknik yang diperkenalkan
oleh Prof. Dr. Azizan Ismail yang dikenali sebagai OKIDA (Otak
Kanan Ikut Dr. Azizan). Teknik ini banyak menggunakan hemisfera
otak kanan dalam proses ingatan.
Prof. Dr.
Azizan telah menjalankan eksperimen dengan menggunakan instrumen
tertentu, kepada pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian
tinggi dan juga melalui kursus OKIDA di seluruh Negara untuk
mengetahui keberkesanan teknik OKIDA ini. Hasil kajian dan eksperimen
yang dijalankan, beliau telah mendapati secara purata keupayaan
ingatan melalui kaedah ini telah meningkat sehingga 52%.