Kolestrol
dihasilkan oleh hati dan merupakan beberapa komponen lemak yang
terdapat di dalam darah dan tisu manusia. Tubuh perlu membina
sel-sel membran, sebagai lapisan perlindungan pada serat saraf,
serta untuk menghasilkan vitamin D dan beberapa hormone. Paras
kolestrol yang tinggi dikaitkan pembentukan plak di sepanjang
saluran darah. Pembentukan plak yang berterusan boleh menyekat
kelancaran peredaran darah. Bergantung juga saluran darah mana
yang tersekat, ia boleh mengakibatkan serangan jantung atau
strok.
Memandangkan
kolestrol meruapakan bahan yang berlemak, maka ia tidak larut
di dalam air dan ia dibawa melalui aliran darah olej molekul
istimewa yang dikenali sebagai lipoperotien. Terdapat dua jenis
lipoprotein iaitu “ Low Density Lipoprotien (LDL) dan
“High Density Lipoprotien” (HDL). LDL boleh menyebabkan
masalah kesihatan memandangkan ia membekalkan kolesterol ke
tisu tubuh dan membuangnya melalui dinding arteri. Berlainan
pula dengan HDL, bersifat melindungi kerana ia mengangkut kolestrol
dari tisu tubuh dan dinding arteri dan kemudian menghantar semula
ke hati untuk dikitar semula. Sama ada tinggi LDL atau rendah
HDL, ia boleh menyebabkan risiko serangan jantung.
Di antara
cara untuk mengurangkan kandungan kolestrol ialah dengan mengurangkan
pengambilan lemak tepu di dalam diet seperti produk tenusu,
daging dan lelemak. Selalu lakukan senaman kerana ia bukan sahaja
menguatkan jantung, malah boleh mengurangkan kolesterol baik
HDL. Ia juga merupakan satu kaedah yang penting untuk mengawal
berat badan. Obesiti dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah
tinggi dan kolesterol tinggi di dalam darah.
Ramai pengguna
telah berpuas hati apabila mengamalkan pengambilan BIOFIBER
bersama ceraian SALINDAH B1 untuk mengawal kolesterol di dalam
darah. BIOFIBER bertindak dua cara iaitu memecah kolesterol
supaya mudah dibuang atau menyerap terus kolesterol tersebut.
Ia menghalang penyerapan kolesterol dari usus.