Isu SALINDAH
Saya telah
difahamkan bahawa beberapa ketika yang lepas terbit isu mengenai
SALINDAH. Kononnya akibat SALINDAH ada ibu yang dibedah dan
tumpah darah.
Saya sebenarnya tak mahu terbabit dalam kerja yang saya anggap
buang masa ini. Tetapi banyak orang meminta saya berikan pandangan.
Maka bersetujulah saya akhirnya.
Seperti biasa saya ingin menyatakan bahawa saya tak upaya memaksa
orang yang tak berilmu supaya berilmu atau si-bodoh menjadi
cerdik. Yang membangkitkan hal ini pun sebenarnya manusia yang
terhad ilmunya. Biarpun dia mengaku cerdik, dia kena mengaku
bahawa tidak semestinya dia cerdik. Soal ramai pengikut, bukanlah
tanda bahawa dia benar dan cerdik. Ahmad Qadiani dari India
yang memajukan agama Qadiani pun ramai pengikut. Tak semestinya
dia benar.
Bab ilmu, kita kena terus belajar. Itu sebab Islam mengajar,
“Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad.”
Orang yang berilmu dalam perubatan lain daripada Homeopati dan
perubatan alternatif yang lain, sepatutnya tuntutlah ilmu dulu.
Tambahan prinsip Homeopati amat berbeza dengan prinsip perubatan
biasa yang mengguna ubat dadah berbahaya. Bahaya ubat dadah
diselindungi dalam side effects, toxic effects, adverse drug
reactions, delayed effects. Mungkin ada lain lagi. Tak kisahlah.
Yang utama itu fahaman perubatan biasa dan saya berpandangan
bahawa janganlah kefahaman kita dipaksakan ke atas orang lain,
sambil memaksa orang mengambil benda-benda yang mereka tak gemar.
Mungkin pandangan saya salah. Entahlah. Bagaimana pandangan
anda?
Pernah datang seorang ustaz kepada saya yang mengatakan dia
pernah dirawat di hospital berkaitan jantungnya dan doktor memberikan
2 ubat dadah untuk disuntik. Dia diminta memilih salah satu.
Satu ubat dadah makan masa lama untuk bertindak. Sementara yang
satu lagi cepat, tetapi mengandungi benda yang diharamkan dalam
Islam. Begitu kata doktor. Dia memilih yang halal dan lambat
dan seorang doktornya menjadi sangat hairan. Dia kemudian bertemu
saya untuk mendapatkan ubat daripada saya.
Persoalan seorang yang mengambil SALINDAH dan kemudian anak
songsang, terpaksa dibedah dan tumpah darah bukan sebenarnya
masalah produk berkenaan. Yang harus juga dimengerti ialah bahawa
selain pengguna mengguna SALINDAH dia juga sentiasa berdepan
dengan doktor biasa yang menyarankan ubat-ubat tertentu semasa
dia hamil. Kita harus tahu bahawa ada ubat tertentu itu boleh
bertindak terhadap SALINDAH. Tindakannya boleh menimbulkan reaksi
:
• Antidotal ~ membasmikan kesan baik SALINDAH. Biasa juga
semasa hamil ibu menghidap tekanan darah tinggi dan kencing
manis, terutama dalam masalah keturunan. Mereka diberikan ubat
drug oleh doktor mereka yang berlawanan dan membasmikan kesan
baik SALINDAH. Lainlah jika mereka berjumpa dan bertanya saya.
• Inimikal ~ reaksi bermusukan dengan remedi yang terdapat
dalam SALINDAH. Dengan itu tertawar dan terbatallah kesan baik
SALINDAH, malah lebih buruk lagi, ia boleh menimbulkan side
effects, toxic effects, adverse drug reactions, delayed effects,
seperti yang biasa diketahui.
Remedi-remedi tertentu dalam SALINDAH adalah sangat sensitif
kerana ia terlalu halus setelah dikuatkan melalui potentisasi
atau triturasi.Proses-proses ini menghilangkan langsung apa
jua bentuk keracunan. Sebenarnya gejala timbul penyakit akibat
keracunan atau toksin (dengan apa sahaja termasuk ubat) melebihi
tahap toleransi badan (body’s treshold level).
• Suplementari ~ ubat sesuai yang bersama dengan remedi
dalam SALINDAH. Sekalipun pengguna mengguna remedi Homeopati,
dia dan pengamal Homeopati itu tidak semestinya memberikan remedi
yang sesuai bersama SALINDAH. Jika remedi yang diguna ini tidak
sesuai kemungkinan akan menghentikan kesan baik remedi dalam
SALINDAH. Saya dan pegawai-pegawai saya memberikan nasihat,
jika diperlukan.
Saya sedar bahawa saya tidak disenangi oleh pengilang besar
yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan tali barut mereka,
daripada dulu hingga sekarang. Pelbagai kesulitan akan ditimbulkan
bagi menyusahkan pengguna memperoleh ubat-ubat bersifat berkesan,
saintifik, selamat dan halal yang dapat saya rumuskan. Saya
ada alasan tetapi tak akan menyatakannya di sini. Malah Sir
Prof Dr Anton Jayasuria, salah seorang guru saya, di Sri Lanka,
pernah diberikan makanan mengandungi racun di Brasil. Dia selamat
setelah diberikan remedi Homeopati tertentu. Dia sebelumnya
bertukar daripada doktor dan pemaju perubatan biasa dan membantu
pengilang besar tertentu ke dalam kementerian di negaranya,
kepada pengamal prubatan alternatif, termasuk Homeopati. Ketahuilah
ubat drug Thalidomide yang dikeluarkan oleh kilang besar telah
diberikan kepada ibu hamil oleh doktor biasa. Kemudian Thalidomide
diharamkan kerana ramai ibu yang menggunanya telah melahirkan
anak kudung, tanpa tangan dan kaki. Kilang pengeluar masih wujud.
Thalidomide, saya difahamkan kini digunakan untuk merawat AIDS
dan penyakit kusta. Wallahu aklam. Percayalah SALINDAH tak akan
jadi seperti itu.