BUKU MEMOIR KHAS : Prof. Dr. Azizan Yang Ku Kenali
 
 

ERA EDAR MARKETING SDN. BHD. sedang dalam proses menerbitkan sebuah buku memoir khas Prof Dr. Azizan Ismail yang berjudul "Prof. Dr. Azizan Yang Ku Kenali". Kami percaya ramai ahli, kenalan pengguna di luar sana yang mempunyai cerita dan kenangan peribadi bersama Prof. Dr. Azizan sewaktu hayatnya, dari sudut pandangan masing-masing. Moga-moga apa yang dipaparkan dapat kita sama-sama berkongsi pengalaman dan ikhtibar dari kisah-kisah tersebut.

Sebarang idea/artikel sama ada dalam bentuk cerita, syair, sajak, pantun dan sebagainya yang bersesuaian dialu-alukan.

kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi cerita/pengalaman masing-masing bersama Allahyarham, bolehlah menghantar artikel ke ibu pejabat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. secara pos, faks, atau email pada atau sebelum 30 Sept 2007. Sila sertakan gambar ukuran pasport untuk setiap artikel yang dihantar.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Era Edar Marketing Sdn. Bhd.
Lot 4&6 Tingkat Satu,
Bandar Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman
email:eraedar@eraedar.com.my
Tel: 04-9199044 Faks: 04-9199044
 
     
©Hakcipta terpelihara 2006/2007 Era Edar Marketing Sdn. Bhd. eraedar@eraedar.com.my    web admin
                                                                        nasri@eraedar.com.my