Lawati Blog dan Facebook CnW
Cara Membuat
Pesanan
Cara Bayaran
Cara Penghantaran
Selamat datang ke laman web chocenwrapper..
CORETAN DARI PEMILIK CHOENWRAPPER

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
Dalam tahun 2008 saya telah menceburkan diri secara serius dalam dunia coklat dengan memegang jenama ChocenWrapper sebaik pulang dari Belgium kerana menghadiri kongres antarabangsa homeopati di sana. Sepanjang pemerhatian saya, saya tidak menjumpai satu pun pokok koko yang ditanam di sana, sedangkan kita tahu bahawa Belgium adalah destinasi coklat yang terkenal. Memandangkan kepada keadaan ini, maka saya bertekad untuk menceburi bidang pembuatan  coklat secara 'homemade'.

Kami bermula dengan satu outlet, dan kini telah melebarkan pusat jualan kepada 3 negeri utama iaitu Kedah, Perak dan Kuala Lumpur, 1 kilang dan 1 pusat pameran dan jualan.  Coklat yang diketengahkan adalah coklat formula eksklusif yang sesuai dengan semua peringkat umur dan bangsa serta mempunyai ciri-ciri sihat sesuai dengan konteks penjagaan kesihatan melalui pemakanan jika dapat disediakan dengan cara yang betul.

Kami akan terus memperkenal dan menaikkan jenama ChocenWrapper agar terkenal setanding dengan jenama coklat lain di pasaran. Perjuangan kami di CnW adalah memperjuangkan dan memberi pilihan kepada orang Islam khususnya orang Melayu dalam mendapatkan produk yang HALAL lagi BAIK.

Saya dengan ini mengajak semua pelanggan agar terus menyokong industri ini dan perniagaan kami ini kerana prinsip HALALAN TOIYYIBA yang diketengahkan oleh pihak kami, Insya-Allah akan diteruskan demi masa depan agama, bangsa, ekonomi dan Negara.

Dan saya juga merasa yakin yang Chocenwrapper Chocolate House akan mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak dalam memajukan industri bumiputera supaya ianya menjadi sebuah organisasi yang terulung dan terbaik di Malaysia.

2011 Chocenwrapper copyright reserved
Ikhlas dari..
Aishah Azizan
Pemilik Chocenwarpper Chocolate House